Perlawanan separuh akhir kedua di antara pasukan Juara Bertahan
Kelantan dan ATM telahpun selesai sebentar tadi.. Kelantan mara ke
Perlawanan Akhir dengan agregat 4-3..Syabas dan tahniah diucapkan kepada
Pasukan Kelantan..
Namun begitu,ATM mempamerkan aksi yang
cemerlang menentang Kelantan di gelanggang lawan iaitu di Stadium
Sultan Muhammad ke IV..ATM berjaya mendahului Kelantan 2-0 hasil
jaringan kedua-duanya daripada Marlon Alex James pada separuh masa yang
pertama.
Perasaan kecewa para pemain dan penyokong jelas
terpampar di muka mereka saat perlawanan berbaki 15 minit sebelum
tamat..Namun begitu,Fakhri Shaarani menaikkan semangat Kelantan apabila
menjaringkan gol pada minit ke 82.
Sorakan daripada penyokong Kelantan bergema memenuhi perkarangan
Stadium Sultan Muhammad ke IV apabila Kapten Pasukan Kelantan,Mohd Badri
Radzi menyamakan kedudukan kepada 2-2.Jaringan ini juga meletakkan
Pasukan Kelantan mendahului Pasukan ATM dengan agregat 4-3.Jaringan 2-2
kekal sehingga ke wisel penamat.
Sekali lagi syabas diucapkan kepada The Red Warriors..
Persoalannya
sekarang.,siapakah yang akan mara ke Perlawanan Akhir di antara Pasukan
Pahang dan Sarawak.? Sama-sama kita saksikan perlawanan Separuh Akhir
Kedua di antara Pasukan Pahang dan Sarawak pada 26 Oktober 2013 yang akan disiarkan secara langsung di RTM1.
Friday 25 October 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment