Blogger Backgrounds

Saturday 26 October 2013

Keputusan Semasa Pahang Vs Sarawak Separuh Akhir 2 (26/10/2013)

Perlawanan di antara Pahang dan Sarawak telah bermula..
Siapakah yang akan mara ke final.?

Saya akan sentiasa mengemaskini status jaringan pada perlawanan malam ini sehingga ke wisel penamat ^_^


Friday 25 October 2013

Piala Malaysia 2013

Perlawanan separuh akhir kedua di antara pasukan Juara Bertahan Kelantan dan ATM telahpun selesai sebentar tadi.. Kelantan mara ke Perlawanan Akhir dengan agregat 4-3..Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Kelantan..

Namun begitu,ATM mempamerkan aksi yang cemerlang menentang Kelantan di gelanggang lawan iaitu di Stadium Sultan Muhammad ke IV..ATM berjaya mendahului Kelantan 2-0 hasil jaringan kedua-duanya daripada Marlon Alex James pada separuh masa yang pertama.

Perasaan kecewa para pemain dan penyokong jelas terpampar di muka mereka saat perlawanan berbaki 15 minit sebelum tamat..Namun begitu,Fakhri Shaarani menaikkan semangat Kelantan apabila menjaringkan gol pada minit ke 82.


Sorakan daripada penyokong Kelantan bergema memenuhi perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV apabila Kapten Pasukan Kelantan,Mohd Badri Radzi menyamakan kedudukan kepada 2-2.Jaringan ini juga meletakkan Pasukan Kelantan mendahului Pasukan ATM dengan agregat 4-3.Jaringan 2-2 kekal sehingga ke wisel penamat.


Sekali lagi syabas diucapkan kepada The Red Warriors..
Persoalannya sekarang.,siapakah yang akan mara ke Perlawanan Akhir di antara Pasukan Pahang dan Sarawak.? Sama-sama kita saksikan perlawanan Separuh Akhir Kedua di antara Pasukan Pahang dan Sarawak pada 26 Oktober 2013 yang akan disiarkan secara langsung di RTM1.